Pada
mulanya, sekolah ini menumpang di bangunan Sekolah Rendah Inggeris, Astana Raja
sehingga tahu 1965. Pada tahun 1966, sekolah ini mempunyai dua aliran iaitu
aliran Inggeris dan aliran Melayu. Pada tahun 1973, dua blok bangunan tambahan
telah dibina. Dengan siapnya bangunan ini pada tahun 1974, nama sekolah ini
telah dirasmikan dengan nama baru iaitu Sekolah Menengah Datuk Abdullah,
sempena nama Dato' Undang Luak Rembau yang ke-18, Dato' Abdullah b. Hj Dahan.
Majlis perasmian dilakukan pada 14 November 1974 oleh Yang Berhormat Dr.
Mahathir b. Mohamed, Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu.
Pada
tahun 1981, kelas aliran Sains Tulen untuk Tingkatan 4 dimulakan setelah
bangunan makmal Sains Tulen dan dua blok bangunan asrama telah didirikan.
Asrama ini dapat menampung seramai 200 orang pelajar. Bangunan asrama telah
dirasnikan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Hj Abdul Samad, Menteri Besar Negeri
Sembilan pada 12 November 1985. Tiga buah rumah guru juga turut dibina. Mulai
tahun 1991, sekolah ini mempunyai dua aliran iaitu aliran akademik biasa dan
satu lagi aliran khas pendidikan Arab. Pelajaran Pendidikan khas ditentukan
oleh Bahagian Pendidikan Agama Jabatan Pendidikan Negeri sembilan berdasarkan
keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
Bagi
kemudahan pendidikan Islam, sekolah ini telah mendirikan sebuah surau yang
berharga lebih kurang RM25,000 dan surau ini telah dirasmikan oleh Yang Amat
Berhormat Dato' Seri Utama Tan Sri Hj Mohd Isa b. Dato' hj Abdul Samad, Menteri
Besar Negeri Sembilan pada 28 April 1993.
0 Comments