PENERANGAN TENTANG LOGO SEKOLAH
1) Bentuk
Lencana ini adalah berbentuk
perisai yang melambangkan ketahanan murid-murid dalam menghadapi sebarang
cabaran semasa menuntut ilmu pengetahuan
2) Warna Latar (Kuning)
Lencana ini berlatarkan warna
kuning kerana Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Abdullah ini berada di dalam
lingkungan adat pepatih dan Astana Raja merupakan tempat awal bermulanya
pemerintahan Yang Di-Pertuan Besar
3) Petak Segi Empat
Petak ini melambangkan
pembelajaran yang tiada batasan namun tetap menjurus kepada Keharmonian,
Keagamaan, Fizikan dan Kemanusiaan
4) Obor Api
Melambangkan cahaya yang
menyinari hati murid-murid dalam usaha mencari ilmu pengetahuan yang tidak
terbatas
5) Buku
Melambangkan ilmu pengetahuan
dan kemanfaatan dalam usaha menuntutnya
6) Bulu Ayam
Melambangkan ketajaman otak
para pelajar dalam usaha menuntut ilmu pengetahuan
7) Warna Biru
Warna biru yang melatari bulu
ayam melambangkan ilmu pengetahuan yang sentiasa subur dan sentiasa dipupuk
bagi kesempurnaanya
8) Perkataan SEMENDA
Adalah ringkasan daripada
perkataan Sekolah (SE), Menengah (MEN), Datuk (D), Abdullah (A)
9) Perkataan ILMU PUSAKA ABADI
Cogan kata sekolah
10) Kain Kelepang
Kain selepang yang melatari
perkataan SEMENDA dan ILMU PUSAKA ABADI membawa maksud segala kegigihan dan
ketabahan ketika menuntut ilmu dan memperoleh pengetahuan itu akan membawa
kepada kejayaan yang cemerlang
LAGU SEKOLAH
SEMENDA, SEMENDA ASTANA RAJA
SEMENDA, SEMENDA SEMANGAT JAYA
MEMIMPIN KAMI MEMBINA BANGSA
LAMBANG KEMAJUAN KITA
SEMENDA, SEMENDA SEKOLAH KITA
SEMENDA, SEMENDA TETAP BERBAKTI
SEMOGA TUHAN RAHMATKAN KITA
DALAM MENCAPAI KITA
PENGETAHUAN PUSAKA ABADI
COGAN KATA IKRAR KAMI
TENAGA GURU IBU DAN BAPA
BERSAMA MEMBINA SEMENDA
SEMENDA, SEMENDA ASTANA RAJA
SEMENDA, SEMENDA SEMANGAT JAYA
MEMIMPIN KAMI MEMBINA BANGSA
LAMBANG KEMAJUAN KITA
0 Comments